Monday, November 19, 2007

Afifah Husna, ceritanya..

Buat isteriku....

anak kita, Afifah Husna binti Mohd Zamri dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 19 Januari 2003. lebih kurang jam 4.00 pagi. Tepat seperti yang diramalkan oleh doktor famili kita.
az mula masuk ke hospital lebih kurang jam 6.00 ptg setelah mengadu sakit bersalin. Balang yang pada mulanya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berpatah balik semata-mata untuk meraikan kelahiran pertama ini. abang dapat naik ke atas tidak lama kemudian untuk qamat. agak mengejutkan bila abang mendapat tahu az tumpah darah dengan banyaknya. 3 beg. itulah yang dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas. tumpah di atas lantai wad. "seperti air dalam baldi yang dicurahkan" kata jururawat. pucat sungguh muka az masa itu. kasihan az. Doktor dah pun masukkan 2 beg darah dan 1 beg air untuk menggantikannya.

Alhamdulillah.. semuanya selamat. comel sungguh anak kita. seperti ibunya. syukur ke hadrat Allah. Pagi tu abang naik semula ke wad untuk aturkan az berpindah ke wad kelas pertama. selesa sedikit. mak orang yang paling sibuk mengarahkan abang buat itu dan ini. telefon ke sana sini. barang2 untuk baby dan az siap sedia dibekalkan. abang kagum dengan mak. segala-galanya dibuat dengan penuh kasih sayang.

Az masukkan ke hospital hari Sabtu dan dibenarkan balik pada hari Rabu. Semuanya gara-gara kehilangan darah yang banyak. Namun, abg syukur semuanya selamat. Kali ini abg bawa az pulang ke rumah mak di saujana. abg berulang-alik dari rumah kerajaan bukit chagar ke saujana dalam beberapa hari sebab selepas itu az akan pulang ke kampung Perak. Mak az sampai dari kampung pada hari Isnin. Setelah berbincang, az bercadang untuk ke Perak pada hari Sabtu. Balang telah bersetuju untuk membantu. Memandangkan kereta biru kita itu uzur dan susah untuk perjalanan yang jauh, Bangah telah meminjamkan keretanya pada kita. Jadi, pada hari Sabtu itu, abg, az, mak, balang dan anak yang dinamakan Afifah Husna balik ke Perak.

Sampai di Perak.. seronok. Bila nak balik, inilah yang kurang seronok... meninggalkan isteri dan anak. Ini amat menyedihkan.... Tapi, apa boleh buat. Demi tugas, abg terpaksa tinggalkan az bersama anak kita di bawah jagaan bonda. Nangis....

Hari-hari call!! Kalau tak pun sms. Ada dua kali dalam tempoh az di kampung, abg balik. Sekali naik bas, turun di Teluk Intan dan sekali lagi semasa berkursus ict di Ipoh. Pada saat akhir semasa abg ingin membawa pulang ke jb, suasana amat menyedihkan. Lihat pada bonda Ramsah yang menangis bercucuran airmata, bagaikan tak sanggup meninggalkan kampung Perak. Tapi, bagaimana ya mak... nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.

Abg bawa az kali ni ke rumah sewa baru kita. Oleh kerana rumah kerajaan dibukit chagar nak diratakan untuk projek Gerbang Bersepadu; membina pusat imigresen, kastam dan kuarantin; terpaksalah kita cari rumah lain. Setelah berpusing hampir seluruh jb, akhirnya kita sama-sama bersetuju untuk menyewa di betul-betul sebelah rumah mak di saujana. Masa itu, az masih mengandungkan husna.

Ini bermakna, anak kita tak sempat merasa didukung naik tangga pangsapuri kerajaan 4 tingkat. Tinggi tu.... Nasib baiklah di saujana ada lif. Bagusnya rumah sewa di saujana ni kerana berhampiran dengan sekolah tempat az bertugas. ringanlah sedikit beban kita. hari-hari az ke sekolah berjalan kaki. abg pun tak jauh nak ke tempat kerja di jln abd. samad.








No comments: