Thursday, October 7, 2010

Percutian di Palace of Golden Horses!


Bulan Jun semasa cuti sekolah, kita ke Palace Of The Golden Horses (POGH). Besarnya bilik kita. Terima kasih pada Country Heights yang menyediakan penginapan eksklusif tu. Tiga hari dua malam yang menyeronokkan. Abah gembira sangat sebab dapat bawa Umi, Amir dan Husna ke sana. Di samping menginap di POGH, kita ke Zoo Negara. Eeee.. ada ular. Beraninya Umi pegang!

Sunday, May 9, 2010

Amir Bersukan...






09/05/2010...sukan Tadika Iman., pagi-pagi lagi Umi, Abah n Kakak dah hantar Amirke Iman BBU, Amir ke Komplekas Nusa Mutiara naik bas dengan kawan2 dan teacher. Umi, Abah dan Kakak terus ke kompleks tu...Abah jadi Pegawai Sukan hari ni...Umi tolong angkut2 barang dan bancuh air jer...
Umi tengok Amir seronok...Amir masuk acara Cok-Cok Tom...dapat tempat ke-2..."Umi...Amir dapat Cemerlang ni..." hehehe....Amir...Amir...
Hari ini juga Hari Ibu...kakak pagi2 lagi dah bagi kad ucapan kad umi...kakak buat sendiri kad tu...terima kasih sayang. Pandai kakak buat kad. Umi sayang anak2 umi...

Tuesday, November 17, 2009

Husna Dah Konvo...






"BEAUTUFUL GARDEN"....iulah tajuk choral speaking Husna ketika membuat persembahan sempena Hari Penyampaian Sijil Tadika Iman. Husna jadi Morning Glory...pandai Husna hafal dialog....yelah berminggu-minggu Husna berlatih di Tadika sampai ke rumah pun Husna sibuk menghafal dialog. Bersemangat betuk anak Umi ni...
Umi, Abah, Amir, Atuk, We, Auntie Adik n Kak Alya datang tengok Husna. Bersungguh-sungguh Abah rakam Video dan Kak Alya sibuk ambil gambar. Gambar ni Umi ambil guna handphone Umi, Jadi tak berapa jelas...
Sedar tak sedar perjalanan Husna di Tadika Iman BBU dah sampai ke penghujungnya...beberapa hari lagi Husna akan meninggalkan guru-guru dan teman-teman di Tadika Iman. Rasa baru saja Umi daftarkan Husna di Tadika Iman...Husna dah nak masuk Tahun 1. Umi doakakan Husna gembira di sekolah baru nanti...

Tuesday, November 10, 2009

AIDILFITRI 2009


Emmm….cantik tak gambar kat sebelah ni. Ini gambar raya tahun ni. Abah handsome…kakak sweet dan ate buyok umi (amir) comel sangat. Umi tak ada dalam gambar….sebab umi yang ambil gambar tu. Umi bangga dengan Husna….Umi bersyukur sangat sebab Husna berjaya menghabiskan puasa husna pada tahun ini. Umi kagum dengan Husna sebab Husna kuat semangat. Tahniah sayang…Umi doakan Ramadhan akan datang Husna dapat puasa penuh juga.

Amir?biasa lah…kalau Umi Tanya sentiasa je jawab…”Amir kase (puasa) lah Umi”….Amir…Amir….macam mana lah nak puasa kalau asyik minta susu jer…macam mana pun Umi tetap yakin yang Amir boleh berpuasa…kakak pun dulu macam Amir juga. Tapi Alhamdulillah sekarang kakak boleh.Umi sayang Abah...Kakak n Amir.

Tuesday, February 10, 2009

Bermesyuarat di Tanjung Piai, Pontian





Salam.
Lama sungguh abah tidak menulis di blog ini. Maaflah anakanda. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tempoh ini. Bermula dengan pergerakan abah ke PPDJB hinggalah kepada berpindahnya kita ke rumah baru di Kempas pada 30 Nov 2008. Nantilah, abah akan cuba ceritakan bila ada ruang yang sesuai. Ini gambar-gambar yang abah ambil semasa bermesyuarat di Tanjung Piai, Pontian untuk tatapan anakanda.














Thursday, June 12, 2008

Sumpah Tak Buat Lagi


Artikel berikut abah dapat semasa melayari internet di tranungkite. Seorang penulis bernama chekamala menulis artikel ini dan abah rasakan artikel ini boleh menjadi peringatan buat abah dan ibu bapa yang lain... insya-Allah..

Kisahnya..
"Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana minyak baru dinaikkan harga hari ini, 6hb Jun 2008. Semalam mereka tak sempat isi minyak kerana pulang lewat. Sampai je stesen minyak, atendan pam beritahu minyak dah habis...Nasiblah sebab mereka juga yang undi BN!!!! Hidup Pak Lah....!!

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?'

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !'

'Saya tak tahu Tuan..! '

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga kertas didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya dalam bilik.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam..' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. 'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.

Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis....

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",) "

Monday, May 5, 2008

Ibu


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja... aku dekati ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku... ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..ibu
Bila takut... yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon... Ibu
Bila seronok... orang pertama aku nak beritahu... Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "ibuuuuuuuuuuuuu! "
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.



Tapi Ibu sudah tiada. ingatlah pengorbanan ibuuuuu....


Abah di Empress Sepang tika ini, anakku. Terima tugas baru. Teringat pada anakanda berdua dan ibu abah. Terima kasih Jemilah binti Husin... ibuku yang amat aku sayangi dan kasihi... aku kan sentiasa bersamamu.