Wednesday, November 21, 2007

10 PESAN ANAK UNTUK ORANG TUA

1.. Tangan saya masih kecil. Tolong jangan mengharapkan kesempurnaan setiap kali saya merapikan tempat tidur , menggambar, atau melempar bola. Kaki saya masih pendek . Tolong perlambatkan agar saya boleh berjalan beriringan dengan ayah/bonda.

2.. Mata saya belum melihat dunia seperti yang ayah/bonda lihat. Tolong izinkan kami menjelajahinya secara aman .Jangan memberikan larangan yang tak perlu .

3.. Selalu akan ada saja pekerjaan di dalam rumah tangga. Saya masih kecil untuk waktu yang begitu singkat . Tolong luangkan lebih banyak waktu untuk menjelaskan dunia yang ajaib ini , dan lakukan secara tulus ikhlas.

4.. Perasaan saya masih halus. Tolong sensitif terhadap keperluan kami. Jangan memarahi saya sepanjang hari. ayah/bonda pasti tak senang kalau dimarahi karena ingin tahu. Perlakukan saya seperti ayah/bonda ingin diperlakukan.

5.. Saya adalah hadiah yang istimewa dari Tuhan. Tolong perlakukan saya sebagai harta berharga , berikan bimbingan untuk semua tindakan saya. Beri saya panduan tentang cara menjalani hidup dan mendisiplin saya dengan cara manis.

6.. Saya memerlukan dorongan dan pujian ayah/bonda untuk membesar. Tolong jangan cepat mencela. Ingat , ayah/bonda dapat mengkritik hal-hal yang saya kerjakan tanpa mencela saya.

7.. Tolong beri saya kebebasan untuk membuat keputusan-keputusan tentang diri saya sendiri . Izinkan saya untuk gagal sehingga saya dapat belajar dari kesalahan -kesalahan saya. Lalu suatu hari , saya akan dapat membuat keputusan-keputusan yang dituntut hidup dari saya.

8.. Tolong jangan kerjakan segalanya untuk saya. Kadang, cara ini membuat saya merasa keupayaan saya tidak sesuai dengan harapan ayah/bonda. Saya tahu ini sulit, tapi tolong jangan membandingkan saya dengan saudara perempuan/ laki-laki saya.

9.. Tolong jangan takut untuk pergi ke pekan bersama . Anak-anak perlu hiburan tanpa orangtua , sama seperti orangtua perlu hiburan tanpa anak-anak. Selain itu, berhibur hanya berdua adalah cara baik untuk menunjukkan kepada kami, anak-anak , bahwa perkahwinan ayah/bonda sangat istimewa.

10.. Tolong ajak kami beribadah secara teratur , beri contoh yang baik untuk saya teladani.

Contoh rumah baruku - Insya-Allah...

Tuesday, November 20, 2007

PANDUAN MENAMAKAN BAYI ANDA

(Nasihat 14 Perkara)

1. Sekadar Nama

Nama-nama yang panjang bukan sahaja merumitkan proses menulis nama-nama tersebut, malahan menyukarkan untuk orang lain menyebutnya. Seterusnya, yang menyebabkan panggilan jolokan seperti penggunaan hujung nama tersebut yang lebih mudah walaupun tidak mempunyai maksud langsung dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu. Kejadian-kejadian seperti ini boleh membuat tidak puas hati di kalangan yang empunya nama. Oleh kerana itu, eloklah kita memberikan nama yang mempunyai maksud yang balk dalam agama kita, daripada kita membuta tuli memberikan nama yang kita fikirkan sedap didengar untuk anak-anak kita.

2. Kebangsaan

Kita mengetahui bahawa agama Islam adalah agama universal, tetapi kita boleh perhatikan bahawa negara-negara Islam lain di seluruh dunia mempunyai identiti sendiri menamakan anak-anak mereka, baik di Arab Saudi, India, Indonesia, Malaysia, Bangladesh, mahupun di negara China. Sekiranya anda ingin memberikan nama yang berbau kemelayuan atau kenegerian seperti Siti, Seri, dan Daeng, pastikan ia tidak sukar untuk disebut atau ditulis yang boleh menyebabkan masalah kepada anak anda nanti.

3. Keagamaan

Dalam agama Islam, Rasulullah (s.a.w.) telah menganjurkan supaya kita memilih nama yang balk untuk anak-anak kita. Sabda Nabi yang telah diriwayatkan : “Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari Qiamat nanti dengan nama-nama kamu, oleh itu perelokkanlah nama kamu”.

4. Jantina

Kita bersyukur kerana ramai antara kita tahu membezakan antara nama-nama lelaki dan perempuan. Tetapi ada sesetengah yang kurang bernasib baik mempunyai nama-nama berlainan jantina seperti Mazrin atau Norulhuda, untuk lelaki dan sebaliknya Mahfuz atau Hanis, untuk perempuan. Akhirnya, anak-anak lelaki akan Iebih berasa tertekan atau diejek apabila mereka disangka perempuan daripada anak-anak gadis yang disangka lelaki. Walaupun begitu ada nama-nama yang boleh digunakan oleh kedua-dua jantina tersebut seperti Azizi dan Noor. Dan ada juga menambah nama-nama awalan seperti Muhammad (lelaki) atau Nurul (perempuan).

5. Berapa Nama

Tiada undang-undang di negara kita yang menghadkan kita untuk meletak berapa banyak atau berapa panjang nama untuk anak-anak kita. Pastikan nama anak anda tidak terlalu panjang yang menyukarkan mereka sendiri nanti untuk mengisi borang-borang pekerjaan atau sebagainya. Dan yang paling sedih sekiranya ada anak-anak gadis yang bernama panjang yang sukar untuk bakal suami mereka menyebut ketika majlis akad nikah nanti. Jangan salahkan bakal menantu anda ataupun tok kadi, sekiranya akad nikah anak gadis anda diulang beberapa kali!

6. Sebutan Glamor

Nama-nama yang panjang biasanya menyukarkan untuk orang lain menyebut dengan betul. Kesukaran yang paling ketara apabila mereka mahu menyebut nama tersebut dengan kerap. Mempunyai nama-nama yang sebutannya sedap didengar dan glamor boleh membuat seseorang itu berasa bangga, tapi ia juga akan membuat yang empunya nama berasa tertekan.

7. Kemasyhuran Nama

Nama-nama popular yang digunakan seperti Muhammad, Ali, Ahmad, Siti, ataupun Nurul membuatkan anak-anak anda berasa seperti orang kebanyakan, kerana mereka berasakan seperti berkongsi nama dengan yang lain. Walau bagaimanapun, nama-nama yang jarang kita dengar akan membuatkan anak-anak kita berasa terasing kerana ia berbunyi pelik dan ganjil.

8. Keunikan Nama

Pernahkah anda membelek buku telefon dan mencari nama seseorang seperti Ahmad Hassan? Anda mungkin tidak dapat mencarinya tanpa melihat alamat beliau. Ada sesetengah ibu bapa memberi nama yang unik seperti Jalwa atau Difun yang akan menyebabkan orang lain kurang memberi perhatian kepada mereka.

9. Nama Panggilan

Kebanyakan nama dipendekkan atau diberikan jolokan ketika mereka masih kecil dan di zaman remaja. Contohnya, Syamsuddin mungkin dipanggil Sam ketika kecil, Din ketika remaja, dan Sudin ketika memasuki universiti. Jadi jika anda tidak mahu anak perempuan anda dipanggil Sam, jangan namakan mereka Syamsiah.

10. Makna

Kebanyakan kita tidak tahu makna ataupun erti nama kita sendiri, dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Arab. Tetapi kebanyakan nama-nama ada makna dan anda sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, pastikan anda tahu makna nama-nama tersebut sebelum menamakan anak anda. Nama yang berbunyi pelik, kelakar, memalukan, dan menjijikkan kemungkinan besar tidak memberi kesan kepada masa depan anak-anak anda. Tetapi jika anda mempunyai pilihan, nama-nama yang mempunyai makna yang baik akan membuat anak-anak anda bersyukur dan berterima kasih dengan pilihan anda.

11. Pertukaran Nama

Mengikut Akta Jabatan Pendaftaran Negara, anda dibenarkan menukar nama anak dalam masa setahun dari tarikh pendaftaran. Selepas itu, anda dibenarkan membuat tambahan ataupun alias @ tanpa membuang nama asal anak anda. Pastikan anda memeriksa dahulu bakal nama yang anda pilih, walaupun pertukaran boleh dibuat, bukankah itu merumitkan?

12. Rujukan

Banyak buku-buku rujukan nama terdapat di pasaran, tetapi kebanyakan buku-buku tersebut hanya menggambarkan sesuatu golongan ataupun pilihan pihak tertentu. Pastikan anda mempunyai beberapa buku rujukan, ataupun bertanya dengan rakan-rakan yang lebih berpengetahuan dari segi agama. Dan yang paling penting, pastikan anda tahu makna dan juga ejaan dalam bahasa Arab yang asal.

13. Tajul Muluk

Apakah itu Tajul Muluk? Sekiranya kita bertanya orang-orang tua ataupun datuk-datuk kita, kebanyakan mereka menggunakan buku rujukan ataupun kitab-kita lama, seperti kitab Tajul Muluk. Tajul Muluk ada!ah sebuah kitab yang menceritakan dan memberi anda petua seperti menamakan nama bayi yang baru lahir ataupun bilakah hari yang elok untuk mendirikan rumah dan sebagainya. Dalam zaman teknologi yang senba canggih ini, kitab-kitab seperti itu sudah lama kita lupakan. Walau bagaimanapun, anda tidak bersalah atau berdosa sekiranya anda tidak menggunakan kitab-kitab tersebut.

14. Pilihan Siapa

Siapa yang sepatutnya memiIih nama-nama anak kita? Pilihan ibu, bapa, datuk, alim ulama ataupun pilihan anak-anak kita sekarang? Biasanya anak sulung menjadi mangsa bilamana ibu dan bapanya memiIih untuk menggabungkan nama mereka. Pernahkah anda terjumpa kawan anda yang bernama Yuziah -kacukan nama ibu (Fauziah) dan nama bapa (Yusuf)? Sesiapapun boIeh memiIih, selagi nama tersebut mempunyai maksud.

dipetik dari Nama-nama Melayu Islam - Abdul Ghani Hj. Masrom (cetakan kedua 2003)

Monday, November 19, 2007

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Salam.

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Afifah Husna, ceritanya..

Buat isteriku....

anak kita, Afifah Husna binti Mohd Zamri dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 19 Januari 2003. lebih kurang jam 4.00 pagi. Tepat seperti yang diramalkan oleh doktor famili kita.
az mula masuk ke hospital lebih kurang jam 6.00 ptg setelah mengadu sakit bersalin. Balang yang pada mulanya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur berpatah balik semata-mata untuk meraikan kelahiran pertama ini. abang dapat naik ke atas tidak lama kemudian untuk qamat. agak mengejutkan bila abang mendapat tahu az tumpah darah dengan banyaknya. 3 beg. itulah yang dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas. tumpah di atas lantai wad. "seperti air dalam baldi yang dicurahkan" kata jururawat. pucat sungguh muka az masa itu. kasihan az. Doktor dah pun masukkan 2 beg darah dan 1 beg air untuk menggantikannya.

Alhamdulillah.. semuanya selamat. comel sungguh anak kita. seperti ibunya. syukur ke hadrat Allah. Pagi tu abang naik semula ke wad untuk aturkan az berpindah ke wad kelas pertama. selesa sedikit. mak orang yang paling sibuk mengarahkan abang buat itu dan ini. telefon ke sana sini. barang2 untuk baby dan az siap sedia dibekalkan. abang kagum dengan mak. segala-galanya dibuat dengan penuh kasih sayang.

Az masukkan ke hospital hari Sabtu dan dibenarkan balik pada hari Rabu. Semuanya gara-gara kehilangan darah yang banyak. Namun, abg syukur semuanya selamat. Kali ini abg bawa az pulang ke rumah mak di saujana. abg berulang-alik dari rumah kerajaan bukit chagar ke saujana dalam beberapa hari sebab selepas itu az akan pulang ke kampung Perak. Mak az sampai dari kampung pada hari Isnin. Setelah berbincang, az bercadang untuk ke Perak pada hari Sabtu. Balang telah bersetuju untuk membantu. Memandangkan kereta biru kita itu uzur dan susah untuk perjalanan yang jauh, Bangah telah meminjamkan keretanya pada kita. Jadi, pada hari Sabtu itu, abg, az, mak, balang dan anak yang dinamakan Afifah Husna balik ke Perak.

Sampai di Perak.. seronok. Bila nak balik, inilah yang kurang seronok... meninggalkan isteri dan anak. Ini amat menyedihkan.... Tapi, apa boleh buat. Demi tugas, abg terpaksa tinggalkan az bersama anak kita di bawah jagaan bonda. Nangis....

Hari-hari call!! Kalau tak pun sms. Ada dua kali dalam tempoh az di kampung, abg balik. Sekali naik bas, turun di Teluk Intan dan sekali lagi semasa berkursus ict di Ipoh. Pada saat akhir semasa abg ingin membawa pulang ke jb, suasana amat menyedihkan. Lihat pada bonda Ramsah yang menangis bercucuran airmata, bagaikan tak sanggup meninggalkan kampung Perak. Tapi, bagaimana ya mak... nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak.

Abg bawa az kali ni ke rumah sewa baru kita. Oleh kerana rumah kerajaan dibukit chagar nak diratakan untuk projek Gerbang Bersepadu; membina pusat imigresen, kastam dan kuarantin; terpaksalah kita cari rumah lain. Setelah berpusing hampir seluruh jb, akhirnya kita sama-sama bersetuju untuk menyewa di betul-betul sebelah rumah mak di saujana. Masa itu, az masih mengandungkan husna.

Ini bermakna, anak kita tak sempat merasa didukung naik tangga pangsapuri kerajaan 4 tingkat. Tinggi tu.... Nasib baiklah di saujana ada lif. Bagusnya rumah sewa di saujana ni kerana berhampiran dengan sekolah tempat az bertugas. ringanlah sedikit beban kita. hari-hari az ke sekolah berjalan kaki. abg pun tak jauh nak ke tempat kerja di jln abd. samad.